Jumaat

State of North Borneo(sabah)

The Nationals States of North Borneo the world.








Negara- Negara terkaya di dunia laporan PDB antarabangsa

* Qatar
Ibukota : Doha
PDB Per kapita : US$ 127.659,6
Mata Uang : Riyal (QAR)
Jumlah Penduduk : 2.258.283 jiwa
Luas Wilayah : 11,586 km2
Lokasi : Benua Asia (Timur Tengah)


*Luksemburg
Ibukota : Luksemburg
PDB Per kapita : US$ 104.003,3
Mata Uang : Euro (EUR)
Jumlah Penduduk  : 582.291 jiwa
Luas Wilayah : 2.586 km2
Lokasi : Benua Eropa



*Singapura
Ibukota : Singapura
PDB Per kapita : US$ 87.855,3
Mata Uang : Dollar Singapura (SGD)
Jumlah Penduduk : 5.781.728 jiwa
Luas Wilayah : 697 km2
Lokasi : Benua Asia




*Brunei Darussalam
Ibukota : Bandar Seri Begawan
PDB Per kapita : US$ 76.884,04
Mata Uang : Dollar Brunei (BND)
Jumlah Penduduk : 436.620 jiwa
Luas Wilayah : 5.765 km2
Lokasi : Benua Asia




*Kuwait
Ibukota : Kuwait City
PDB Per kapita : US$ 71.887,32
Mata Uang : Dinar Kuwait (KD)
Jumlah Penduduk : 2.832.776 jiwa
Luas Wilayah : 17.818 km2
Lokasi : Benua Asia (Timur Tengah)







*Norwegia
Ibukota : Oslo
PDB Per kapita : US$ 69.249,46
Mata Uang : Krone Norwegia (NOK)
Jumlah Penduduk : 5.265.158jiwa
Luas Wilayah : 323.802 km2
Lokasi : Benua Eropa




*Irlandia
Ibukota : Dublin
PDB Per kapita : US$ 69.230,8
Mata Uang : Euro (EUR)
Jumlah Penduduk : 4.952.473 jiwa
Luas Wilayah : 70.273 km2
Lokasi : Benua Eropa




*Uni Emirat Arab
Ibukota : Abu Dhabi
PDB Per kapita : US$ 67.870,7
Mata Uang : Dirham Emirat (AED)
Jumlah Penduduk  : 5.927.482 jiwa
Luas Wilayah : 83.600 km2
Lokasi : Benua Asia (Timur Tengah)






* Swiss
Ibukota : Bern
PDB Per kapita : US$ 59.560,6
Mata Uang : Swiss Franc (CHF)
Jumlah Penduduk : 8.179.294 jiwa
Luas Wilayah : 41.277 km2
Lokasi : Benua Eropa




*San Marino
Ibukota : City of San Marino
PDB Per kapita : US$ 42.724
Mata Uang : Euro (EUR)
Jumlah Penduduk : 33.285 jiwa
Luas Wilayah : 61 km2
Lokasi : Benua Eropa














Copyright©2017Blogspot.com

Sabtu

Sejarah Daerah kota marudu tahun 1126

Artikel ini dituliskan mengenai sejarah Daerah kota marudu pada abad ke - 14



Asal-usul nama Daerah kota marudu sejarah kuno pada zaman dahulu.



Kota Marudu adalah sebuah daerah yang terletak di utara Negeri Sabah. Sebelum wujudnya Kota Marudu pada tahun 1970-an, nama MARUDU atau MALUDU telahpun wujud dalam Peta Dunia sejak abad ke-14 lagi atau lebih kurang 500 tahun yang lalu, iaitu sama zaman dengan wujudnya nama MELAKA dalam sejarah dunia dan merupakan antara nama yang tertua sekali tercatat di Tanah Borneo. Lebih jelas lagi, nama MARUDU atau MARUDO atau MALUDU merupakan NAMA DAERAH ATAU WILAYAH ATAU NEGERI YANG TERTUA SEKALI yang telah digunakan dalam Negeri Sabah yang pernah

tercatat dalam Sejarah Borneo. Namun keberadaan nama Marudu dalam peta dunia zaman kuno tidak disedari oleh orang-orang Sabah khasnya dan orang-orang Malaysia amnya. Malahan, tidak dinafikan kebanyakan ahli-ahli akademik, sejarawan, ahli politik atau pihak pentadbiran daerah dan negeri tidak menyedari dan tidak mengetahui perkara ini. Ramai orang mendakwa, nama Bandau lebih awal digunakan dari nama Marudu untuk merujuk kewujudan Daerah Kota Marudu. Namun demikian, perkara ini adalah tidak benar dan sengaja diada-adakan. Perbuatan ini adalah satu perbuatan dan tindakan yang bersifat prejudis, tidak bertanggung jawab dan sengaja membunuh sejarah bangsa dan negeri sendiri. Tidak ada satupun catatan sejarah silam atau bukti arkeologi dan antropologi yang membenarkan kewujudan nama Bandau. Namun demikian, soal nama dan ras bangsa bukanlah satu
kayu ukuran untuk mengukur rasa cinta dan sifat jati diri serta kesetiaan kepada tanah air. Apa yang lebih penting ialah perpaduan dan kedamaian di kalangan warganya yang disertai dengan rasa tanggungjawab secara bersama untuk membangunkan dan mencintai tanah air kita. Berdasarkan catatan di negara China, pada abad ke-7 atau ke-8 Borneo dirujuk sebagai Po-Li, Po-Lo atau Pu-Ni atau Bun-Lai dan aktiviti perdagangan kuno telahpun berlangsung antara borneo dan China. Ini dibuktikan dengan penemuan artifak dan kapal dagang China Zaman Dinasti Song ( 960 - 1126 M ) di Sampang Mangayau, Kudat. Sampang Mangayau masih terletak dalam kawasan perairan Teluk Marudu atau Marudo dan sebahagian daripada wilayah Marudu. Berdasarkan catatan pedagang pedagang dari negeri Arab dan India yang telah singgah di Pulau Borneo dan menjalinkan aktiviti perdagangan dengan Pulau Borneo, pedagang-pedagang ini seringkali menceritakan kepada pedagang-pedagang di China bahawa di Pulau Borneo terdapat sebuah gunung yang terletak di bawah angin dan ketinggiannya mencecah awan. Pelabuhannya dalam dan hasil utamanya ialah kapur barus, Pedagang- pedagang Arab, China dan India mengikhtiraf dan mengakui bahawa Kapur Barus dari Borneo adalah Kapur Barus yang terbaik di dunia. Aktiviti perdagangan antara bangsa ini berlaku di Borneo melalui pelabuhan di kawasan Marudu melalui bukti adanya artifak kuno seperti tembikar, peralatan tembaga dan kapal tenggelam ditemui di kawasan perairan 




Sampang Mangayau, Kudat dan penemuan taburan duit siling Zaman Dinasti Ming dan tembikar di Muara Sungai Milau,Kampung Parapat Laut yang terletak di kawasan Teluk Marudu. Serpihan pinggan mangkuk China dari Dinasti Ming juga ditemui di kawasan perkampungan Shariff Osman seperti di Kampung Marudu Laut dan Kampung Ranau, Kota Marudu.Perlu diingat, ketiga-tiga kawasan ini terletak dalam lingkungan kawasan perairan Marudu dan artifak-artifak yang ditemui ini berumur di antara 1000 tahun yang silam. Ini membuktikan bahawa kawasan Marudu telahpun menjadi pelabuhan perdagangan antarabangsa yang terpenting di Borneo sejak 1000 tahun lalu yang silam lagi.Pada tahun 1550, pedagang-pedagang Portugis direkodkan telah singgah di sebuah pelabuhan di Pulau Borneo yang dikenali dengan nama pelabuhan "MARUDO" . Nama MARUDO dicatatkan oleh seorang Ahli Sejarah Portugis FERNAO LOPES DE CASTANHEDA pada tahun 1550 sebagai sebuah pelabuhan asas yang digunakan oleh orang-orangnya . Beliau juga merekodkan nama MARUDO dalam Peta Pelayaran Portugis dan melukiskan adanya penempatan atau Bandar di pelabuhan Marudo. Pada bulan Disember tahun 1600 seorang sukarelawan Pelayaran Belanda bernama VAN NOORT dalam perjalanannya dari Teluk Brunei ke Pulau Jawa, telah merekodkan dan melukis kedudukan dan nama MARUDO dalam petanya. Berdasarkan catatan, rekod dan peta Fernao Lopes De Castanheda dan juga catatan dan peta Van Noort, seorang ahli geografi portugal bernama Theodore De Bry telah melukis Peta Borneo yang dikenali sebagai BORNEO INSULA pada tahun 1602 dan merekodkan nama, petempatan dan pelabuhan MARUDO . Asal-usul perkataan Marudu, dan sejak bila perkataan Marudu digunakan untuk merujuk Wilayah Marudu belum pernah dibuat kajian dan penyelidikan teliti oleh mana-mana pihak setakat ini. Oleh itu, saya akan cuba menyelongkar dan mengimbas sejarah silam dan menyemak buku-buku atau dokumen-dokumen lama yang ada kaitannya dengan nama Marudu.Berdasarkan kajian dan penyelidikan yang berterusan, saya mengandaikan bahawa Marudu telahpun dikenali sebagai sebuah pelabuhan, petempatan, negeri dan wilayah sejak adanya Kerajaan Lama di Asia Tenggara lagi.Kerajaan lama seperti Sri Vijaya dalam abad ke 14 dan Kerajaan Majapahit ( 1292 M - 1478 M) dalam abad ke 11 hingga 13 telah meletakkan Marudu di Pulau Borneo sebagai antara kawasan dan wilayah yang pernah menjalinkan hubungan dengan kedua-dua kerajaan ini. Malahan Kerajaan Majapahit yang beragama Hindu-Buddha telah meluaskan jajahannya sehingga ke Pulau Borneo dan Kepulauan Sulu. Prapanca, seorang penulis diraja Majapahit dalam tahun 1365 telah mencatatkan dalam NEGARAKERTAGAM bahawa Buruneng ( Brunei ) dan Solot ( Sulu ) sebagai wilayah jajahan Majapahit dalam Wilayah Borneo. Bahasa rasmi Kerajaan Majapahit ialah bahasa Sanskrit dan bahasa ini telah menjadi Lingua-Franca dalam kerajaan Majapahit. Oleh itu, bahasa ini juga tentunya turut digunakan di wilayah Borneo Lama.

Di Pulau Borneo, beberapa kerajaan lama dalam jajahan majapahit yang pernah wujud ialah Kerajaan Kutai Kartanegara yang beragama Hindu-buddha antara tahun 1300M - 1545M, Kerajaan Banjar yang menganut agama Hindu-buddha sehingga tahun 1526 dan Kerajaan PuNi ( Brunei ) yang menganut agama Hindu-buddha sehingga tahun 1365. Ketiga-tiga kerajaan ini telah menggunakan bahasa sanskrit dan bahasa melayu brunei sebagai bahasa persuratan dan pertuturan.Berbalik kepada istilah Marudu ,sebenarnya apabila diselidiki di kalangan bahasa-bahasa sukuan penduduk Pulau Borneo,belum ditemukan kata atau perkataan Marudu sebagai satu istilah dalam bahasa mereka. Oleh itu, perkataan Marudu tentunya dari bahasa lama sama ada bahasa sanskrit ataupun bahasa melayu lama macam logat sabah. Memandangkan status Marudu sebagai sebuah wilayah yang penting di kepulauan Nusantara, maka tentunya istilah ini adalah satu istilah bahasa persuratan dan bukannya bahasa pertuturan. Kewujudan nama-nama tempat berdasarkan kata pertuturan setempat hanyalah merujuk kepada nama-nama tempat yang kecil dan kurang penting sahaja. Ini berbeza dengan nama Marudu iaitu sebuah nama yang merujuk kepada sebuah wilayah yang penting dan selalunya nama-nama tempat, negeri atau kerajaan adalah nama-nama penting dan tentunya istilah atau pengertiannya diambil dari bahasa persuratan sesebuah kerajaan itu.Dalam bahasa Sanskrit, nama-nama tempat, negeri atau kerajaan selalunya diambil dari bahasa persuratan dan nama-nama ini selalunya merujuk kepada nama-nama yang baik,kuat, agung, gemilang dan sebagainya. Misalnya kata "MA" dalam bahasa sanskrit selalunya merujuk kepada nama pelabuhan, nama yang terbilang atau agung dan penting. MA - DHURA misalnya bererti Pangkalan atau tempat yang jauh, MA- LAKHA bererti Pangkalan atau tempat untuk dituju, MA-LUKU pula bererti Pangkalan atau tempat menurunkan orang dengan pantas.Dalam bahasa Sanskrit , terdapat kata MARUDHU hasil dari gabungan beberapa perkataan atau rangkai kata; iaitu MA - RU dan DHU ( DU ) . Kata MA bererti Pangkalan atau tempat sesuatu bermula, RU pula bererti pertempuran atau peperangan, mana kala kata DHU atau DU bererti amat menggerunkan atau amat menakutkan. Oleh yang demikian,rangkai kata MARUDHU atau MARUDU bererti "Pangkalan atau tempat untuk peperangan atau pertempuran yang amat menggerunkan atau menakutkan" . Rangkai kata ini amat berpadanan dengan situasi dan istilah Marudu itu yang selama ini diistilah sebagai tempat yang sangat handal dan berilmu pahlawan-pahlawannya. Negeri-negeri jiran seperti Sulu,Palawan, Tawi Tawi, Tidung, Banjar dan Brunei sememangnya agak gerun apabila seseorang itu merujuk dirinya berasal dari Marudu. Kegerunan terhadap orang-orang atau panglima dan pahlawan dari Marudu ini terus menghantui orang-orang negara jiran dan kegerunan ini masih terus dirasai terutamanya di era zaman aktiviti pelanunan ,iaitu sehingga abad ke 17-18. Ketika itu, Marudu mengambil tempat utama sebagai tempat yang paling ditakuti dan digeruni oleh musuh-musuhnya, khususnya oleh di kalangan orang-orang barat dan di kalangan lanun-lanun di Nusantara.



Pada abad ke 18-19, iaitu sewaktu Borneo Utara ( Sabah ) dibawah penguasaan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu,Wilayah Marudu telah memainkan peranan utama untuk menghasilkan pahlawan-pahlawan yang gagah perkasa sama ada di kalangan bangsa ke-Datuan ( Sulu dan Brunei ) ataupun dari kalangan bangsa suku asli seperti Dusun dan Sungai , murut .Kegagahan dan kepahlawanan orang-orang Marudu ( meliputi kawasan dari Utara Kudat sehingga ke Tempasuk dan hingga ke kawasan Paitan, Sugut dan Kinabatangan) menjadi semakin terserlah pada zaman pemerintahan British sehinggakan Shariff Osman yang ketika itu menjadi Ketua Pemerintah Marudu digeruni oleh pihak British, amat ditakuti di Kepulauan Sulu dan Brunei.
Keberanian, kepahlawanan dan kekuasaan Shariff Osman telah dicemburui oleh pembesar dari Brunei lebih-lebih lagi apa bila Shariff Osman mengisytiharkan Marudu dan dirinya sebagai "Negeri dan Pemerintah Bebas"  yang berkecuali dari wilayah pajakan yang diserahkan oleh Sultan Brunei dan Sultan Sulu kepada pihak British. Tindakan Shariff Osman ini menyebabkan Raja Muda Hashim bertindak mengisytiharkan Shariff Osman sebagai Ketua Lanun dan Marudu adalah Wilayah Lanun . Beliau telah meminta bantuan dan bergabung dengan pihak James Brooke, British North Borneo dan Tentera Laut Diraja British untuk menyerang dan memusnahkan kubu Shariff Osman di Muara Sungai Marudu. Shariff Osman disahkan terbunuh dalam serangan tersebut.Pada tahun 1881 pihak British telah mula memerintah North Borneo dan mereka telah memulakan pentadbiran mereka di KUDAT iaitu sebuah nama dan kawasan baru yang ketika itu terletak dalam kawasan Marudu. Namun demikian, pihak British terpaksa berpindah ke Sandakan tiga tahun kemudian kerana ancaman lanun di perairan Marudu. Ketika ini, kawasan Marudu telah menjadi kecil dan istilah Marudu pada masa ini hanyalah merujuk kepada kawasan Bandau, Langkon, Tandek,Adjung,Teritipan, Marasinsim dan beberapa nama lain.Marudu tidak lagi merujuk kepada istilah kawasan atau wilayah tetapi hanyalah sebuah daerah pentadbiran kecil yang diletakkan di bawah Resident Kudat. Nama Marudu tidak lagi segah dahulu sebaliknya Kudat telah menjadi satu nama yang lebih penting dan menerima tempias keunggulan dan kegagahan nama Marudu. Justeru itu, pihak British telah melantik seorang ketua baru bagi mengetuai suku kaum orang-orang Bajau, Suluk dan etnik Sungai dan dusun di kawasan Marudu, Kudat dan Pitas. Beliau ialah Haji Abdul Rahim atau digelar Maharajah Panglima Untung ( Untang ) yang mentadbir kawasan Marudu berpusat di Limau-limauan ,Kudat. Pihak British telah mengeluarkan "SURAT SUNGAI" untuk mengikhtiraf Haji Abdul Rahim sebagai Ketua dan menguasai kawasan " DARI SUNGAI BENGKOKA ( meliputi kawasan dari Sungai Talaga ke Sungai Pitas ) KE SUNGAI GUMPAH "( sekarang terletak di kawasan Kg Landung Ayang Kudat ). Haji Abdul Rahim juga dianugerahkan kawasan tanah seluas 3,000 ekar di Limau- limauan Kudat dan 3,000 ekar di Pitas sebagai kawasan yang dikecualikan dari dipungut cukai kepala oleh pihak British.Beliau sebaliknya dibenarkan memungut cukai persendirian berupa cukai tanam-tanaman , iaitu padi bukit dari penduduk tempatan di kawasan tersebut. Haji Abdul Rahim juga telah diminta oleh pihak British untuk mengamankan penentangan dari penduduk-penduduk tempatan terdiri daripada pelbagai suku kaum Di kawasan Kudat dan Matunggong pula, pihak British telah mengikhtiraf  Tumanggong Kurantod sebagai Ketua orang-orang Rungus.Kedua-dua tokoh ini telah dianugerahkan gelaran pangkat oleh Sultan Sulu sebelum British mentadbir Borneo Utara. Haji Abdul Rahim dianugerahkan gelaran "Maharajah"(gelaran ini seperti dengan kata Pemerintah Wilayah dan gelaran Tertinggi untuk Wakil Sultan) dan Tumanggong Kurantod dianugerahkan gelaran " Tumanggong "( gelaran tertinggi bagi Ketua Suku Asli di Borneo ).Sebelum North Borneo mencapai kemerdekaan dan di awal tahun 50-an sehingga 60-an nama Bandau telah digunakan untuk merujuk pusat pentadbiran British di Pekan Lama. Nama Langkon atau Langkong pula digunakan untuk merujuk kawasan estet di Langkon. Nama Marudu dihidupkan semula pada tahun 1970-an untuk merujuk pusat pentadbiran daerah di sini. Apabila Pusat Pentadbiran Bandau dinaikkan taraf ke Daerah nama KOTA MARUDU akhirnya digunakan.Penambahan perkataan KOTA di awal perkataan MARUDU adalah sebagai merujuk dan mengenang perjuangan Pahlawan Tanah Air, Shariff Osman yang telah membuat Kubu di Muara Sungai Langkon sebagai mempertahankan tanah air dan daerahnya dari dijajah dan diambil oleh pihak British. Pada masa ini, Kota Marudu ditadbir oleh Pegawai Daerah dan diwartakan sebagai sebuah Daerah Penuh di negeri Sabah. Kota Marudu terletak di dalam kawasan Parlimen Bandau dan dalam Dewan Undangan Negeri Tandek. Pusat Pentadbirannya di Pejabat Daerah Kota Marudu, di kawasan Pekan Baru Kota Marudu.


*Sejarah sabah penulisan,pengarang blog Dusun Sabahan💯


Copyright©2017Blogspot.com

Jumaat

Kampung Tagibang

Artikel Mengenai Penduduk kampung
di pendalaman sabah



Kampung Tagibang

- pengenalan
kampung tagibang adalah kampung bagian   daerah kota marudu dan daerah ranau

- Bangsa dan suku kaum,etnik
kampung Tagibang terdiri daripada suku kaum dusun tinagas

 - Pegangan agama
Terdiri daripada kristian SIB Kristian katolik,sebagian ada yang muslim dan sebagian ada  yang belum beragama.


- pendidikan asas
Murid murid sekolah SK TAGIBANG dapat cukup pendidikan disini kebanyaknya para pelajarnya mendapat keputusan cemerlang UPSR

- Guru - guru pengajar Sk Tagibang
Terpaksa masuk ke kampung pendalaman untuk mengajar para murid Sk Tagibang kadangkala para cikgu jalan kaki daripada kota marudu ke kampung Tagibang

Mengenai Kampung Tagibang seperti berikut;-

Perjalanan dari kampung tagibang pergi ke pekan ranau begitu susah jalanraya teruk mengambil masa 3 jam mereka datang ke ranau untuk pergi hospital berubat anak- anak mereka yang sedang sakit .Kadang kala mereka membeli makanan keperluan mereka pergi pulang pergi balik.Mejorti penduduk kampung tidak mendapat bantuan sepenuhnya kerajaan negeri sabah seperti asas bantu rumah PPRT dan juga air paip, bekalan eletrik mereka hanya diberi bekalan sistem solar dengan cas matahari .Penduduk disana bebarapa kali di janjikan pihak pemerintahan sabah untuk membuat jalanraya aspal laluan jambatan perhubungan pergi ke sungai sugut kerajaan tidak lakukan dengan betul , hingga kini penduduk disana mengadu marah.kemudahan,kesenangan hidup rakyat hampir genap 54 tahun sabah bersama malaysia 1963 penduduk di pendalaman dijanjikan memberi hak mutlak keselesaan hidup rakyat orang sabah ternyata sabah tidak diberi peluang untuk malaysia.



inilah jalan raya laluan jambatan kampung tagibang selama ini sabah diperintah Umno BN gambar ini pada tahun lalu. 
Terdiri daripada masyarakat suku kaum dusun tinagas diambilkan gambar ini


Masyarakat dipendalaman kampung Tagibang


Inilah masalah sebenar di sabah ini janji kerajaan membantu taraf hidup rakyat khusus-nya di pendalaman sabah di kampung Tagibang.Kampung Tagibang adalah penduduk terdiri daripada masyarakat suku kaum  dusun tinagas dan bila dekat pru kerajaan sabah banyak janji Katanya nak majukan sabah sekali tengok susah rakyat di sana macam mana yab menteri sabah ini kerja tak buat.Cukup kecawa ada pemimpin sabah macam Ini bila masa mengundi banyak menaburkan janji akan memberikan taraf hidup penduduk kampung dengan senang.Harap orang kampung membuat keputusan perubahan dan anda pun mahu maju macam negeri lain di malaysia apa yang telah berlaku di sabah pada hari ini.







*Sekian terima kasih kerana sudi membaca blog ini




Http://Kitasabahanbhini.Blogspot.com
Masyarakat Borneo bersuara demi kemajuan.


Copyright©2017.Blogspot.com

Khamis

Mengenai suku kaum tinagas dan talantang



Artikel ini berkaitan masyarakat di Borneo



Seorang penulisan blog berasal daripada sabah berkaitan dengan etnik,suku kaum pribumi tulen sabah terdiri daripada Orang dusun tinagas dan telantang yang tinggal di pendalaman sabah,malaysia.








Suku kaum Dusun Tinagas dan Suku Dusun telantang








Bila terkenang kembali zaman kanak-kanak saya di kampung kelahiran saya yang diberi nama Kampung Talantang, sebuah kampung yang terletak di utara Sabah dalam Daerah Tandek. Saya tergerak untuk menulis di ruangan ini supaya suku kaum Talantang tidak akan pupus begitu sahaja tanpa diketahui asal-usulnya atau dari mana datangnya.Sebenarnya saya sendiri masih tertanya-tanya dari mana datangnya orang-orang Talantang yang ada di Daerah Tandek Kinini?. Saya pernah ajukan pertanyaan ini dengan datuk dan nenek saya suatu ketika dahulu dan jawapan mereka ialah orang-orang Talantang yang bermastautin di Daerah Tandek adalah datang dari Ulu Sugud Malinsau di Daerah Ranau.



Menurut kedua datuk dan nenek saya, cuma sebilangan kecil sahaja orang Talantang yang berhijrah ke Daerah Tandek dari Ulu Sugud Malinsau, dan penghijraan tersebut berlaku berabad-abad tahun yang lalu sebelum penjajahan Pihak British bermula di Sabah.Pada tahun 1992 dan 1993 saya berkesempatan melanjutkan pelajaran di SMK Mat Salleh Ranau. Daerah yang diceritakan oleh datuk dan nenek saya sebagi asal-usul suku kaum Talantang. Secara kebetulan, satu hari saya terdengar beberapa orang yang sedang berbicara sesama sendiri dalam bahasa dan loghat Talantang di pekan Ranau, namun pada masa itu saya tidak ada keberanian untuk bertegur sapa dengan mereka. 



 Saya sempat berfikir mungkin betul apa yang datuk dan nenek saya ceritakan mengenai asal-usul suku kaum Talantang.Apa yang saya ingin utarakan di sini ialah kalau benar wujudnya suku kaum Talantang ini yang majoritinya di Ulu Sugud Malinsau, saya harap ada usaha dari pihak yang berkenaan terutamanya Kerajaan untuk mewujudkan program khusus untuk suku kaum Talantang di Sabah supaya mendapat pengiktrafan yang sepatutnya dan seterusnya dapat mengumpulkan kembali semua orang yang berketurunan Talantang.

Seperti yang saya katakan di awal-awal tulisan ini bahawa semua ini saya cuma ketahui menerusi cerita nenek dan datuk saya, dan saya sendiri belum pernah ke Ulu Sugud Malinsau dan masih berharap supaya dapat berkenalan dengan saudara sekaum disana suatau hari nanti.Saya risau kalau-kalau bahasa dan loghat Talantang akan hilang ditelan zaman sebab suku kaum Talantang asli yang ada di Daerah Tandek sudah semakin pupus aklibat perkahwinan campur dengan suku lain. 

Orang yang masih manggunakan bahasa dan loghat Talantang juga semakin berkurangan. Oleh itu adalah wajar sekiranya ada program khusus diadakan untuk tujuan perkumpulan atau pititimungan dalam bahasa dusun Talantang, supaya suku kaum Talantang dapat dipelihara dari segi warisan seni kebudayaan dan keturunan. Saya juga merayu jika ada saudara atau saudari suku kaum Talantang yang dari Ulu Sugud Malinsau yang secara kebetualan atau sengaja membaca tulisan dalam ruangan ini,supaya sama-sama berfikir dan berusaha untuk mencari asal-usul, sejarah dan menulis dalam ruangan komen disini demi kesinambungan keturunan suku kaum Talantang.

Akhir sekali saya memohan maaf sekiranya ada fakta yang saya tulis dalam ruangan ini yang tidak tepat dan diharap agar orang-orang dari keturunan suku kaum Talantang di mana sahaja dapat sama-sama membetulkan atau menambah fakta dalam ruangan ini. Semoga melalui ruanagan ini merupakan titik kepada permulaan kepada kesatuan suku kaum Talantang seluruh Sabah.







*Terima kasih kerana membaca blog ini
*Terima kasih kerana membaca blog ini





Copyright©2017.Blogspot.om


Tarian Suku Dusun Tinagas Sabah

Foto Tinagas,Sabah,Malaysia Masyarakat Dusun Tinagas mendiami kawasan sistem Sungai Sugut hulu. Tempat ini merupakan kawasan berbukit yang m...